Notis Perlindungan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial telah baru-baru ini berkuatkuasa pada 15 haribulan November 2013. Selaras dengan PDPA, Notis Perlindungan Data Peribadi ("Notis") ini adalah untuk memaklumkan anda tentang bagaimana kami mengumpul dan memproses data peribadi anda dalam tempoh pelantikan dan penglibatan kami oleh anda dalam menyediakan perkhidmatan undang-undang dan juga hak-hak anda di bawah PDPA. Kami melayan dan melihat Data Peribadi anda dengan serius.

1. Pengumpulan Data Peribadi

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, kami ingin memberi anda notis bahawa Data Peribadi anda akan dikumpulkan, direkodkan, dipegangkan, disimpankan dan diproseskan oleh kami, Cheah Teh & Su, termasuk pekerja kami, untuk digunakan dan diuruskan mengikut dan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

2. Sumber Data Peribadi

Kami mengumpul Data Peribadi melalui beberapa kaedah yang termasuk tetapi tidak terhad kepada: -

  1. maklumat atau komen telah diberikan oleh anda kepada kami melalui apa jua cara dan / atau dalam apa jua cara; dan
  2. maklumat yang diperolehi secara bebas oleh kami atau diberikan kepada kami dari sumber sah yang lain.

3. Sifat Data Peribadi

Data peribadi yang diproses oleh kami mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, maklumat mengenai nama, umur, nombor kad identiti, nombor pasport, alamat surat menyurat, jantina, tarikh lahir, bangsa, status perkahwinan, maklumat cukai pendapatan, maklumat kenalan, kewarganegaraan , butiran keluarga dan butiran akaun bank.

4. Tujuan Mengumpul Data Peribadi

Pengumpulan dan pemprosesan Data Peribadi anda dilakukan untuk, antara lain, tujuan yang berikut:

  1. Pengesahan identiti dan kedudukan kredit.
  2. Menghubungi anda dan penyampaian notis atau surat kepada anda.
  3. Mengekalkan pentadbiran dan penyimpanan rekod yang sewajarnya bagi semua perkara di mana kami bertindak bagi pihak anda.
  4. Memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan, termasuk mematuhi apa-apa undang-undang dan / atau perintah-perintah Mahkamah dan pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang, garis panduan, pekeliling atau kod.
  5. Menyediakan perkhidmatan undang-undang dan nasihat yang diperlukan oleh anda sebagai klien kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada bertindak untuk anda dalam apa-apa perkara perbalahan atau perkara bukan perbalahan, menggubal apa-apa kertas kausa, kontrak, perjanjian dan/atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang diperlukan oleh anda dari semasa ke semasa.
  6. Penentuan hakmilikan aset dan liabiliti.
  7. Permulaan dan penjalanan prosiding undang-undang.
  8. Menjalankan pemeriksaan latar belakang sebagaimana yang diperlukan atau sesuai.
  9. Mengekalkan hubungan yang berterusan dengan anda dan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berterusan dan penjagaan apa-apa perkara yang berkaitan dengannya.

Sehubungan dengan ini, kami juga mungkin dari semasa ke semasa untuk tujuan di atas meminta Data Peribadi lanjut daripada anda dan tertakluk kepada apa-apa notis sebaliknya daripada anda, anda dianggap telah bersetuju untuk memberikan kami Data Peribadi lanjut yang diminta.

5. Akibat Daripada Kegagalan Untuk Membekalkan Data Peribadi

Semasa tempoh kami memberikan perkhidmatan undang-undang dan nasihat kepada anda, sesetengah Data Peribadi anda perlu diberikan untuk, antara lain, pentadbiran keadilan, pematuhan apa-apa obligasi undang-undang dan apa-apa perkhidmatan undang-undang dan nasihat lanjutan yang perlu diberikan kepada anda. Kami juga mungkin memerlukan Data Peribadi yang tertentu yang, sementara tidak wajib, adalah perlu untuk mencapai keputusan yang dihendaki dalam pelantikan kami untuk memberikan perkhidmatan undang-undang dan nasihat kepada anda. Kegagalan memberi Data Peribadi yang perlu mungkin: -

  1. menjejaskan penyediaan perkhidmatan kami kepada anda;
  2. menjejaskan penyediaan apa-apa dokumentasi/perjanjian/permohonan/pemulaan dan penjalanan prosiding itu;
  3. mengakibatkan kami tidak dapat bertindak untuk anda selaras dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

6. Pendedahan

Kami akan berusaha untuk melindungi dan mengekalkan kesulitan Data Peribadi anda. Ini diperkukuhkan oleh keistimewaan profesion undang-undang dan Seksyen 126 Akta Keterangan 1950 yang melarang kami daripada mendedahkan sebarang komunikasi terlindung yang dibuat oleh anda kepada kami sebagai peguambela dan peguamcara anda kecuali dengan persetujuan anda.

Sila ambil perhatian bahawa Data Peribadi tertentu yang berkaitan dengan anda mungkin perlu untuk didedahkan kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang berikut: -

  1. mana-mana orang yang mana kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sehubungan dengan apa-apa perintah atau penghakiman mahkamah, atau sebagai tindak balas kepada agensi berwibawa atau kerajaan;
  2. mana-mana pihak yang terlibat dalam atau berkaitan dengan prosiding undang-undang (atau prosiding undang-undang yang bakal), untuk tujuan prosiding undang-undang;
  3. agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pengawal atur industri dan lain-lain pihak berkuasa yang serupa;
  4. juruaudit, juruperunding, akauntan, atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional;
  5. kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk sebagaimana yang perlu atau yang sesuai; dan
  6. sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia, termasuk tanpa had, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dalam hal ini, kami akan berusaha untuk mengambil semua langkah yang perlu untuk hanya mendedahkan Data Peribadi yang berkaitan kepada pihak ketiga yang berkaitan dengan yang tersebut di atas. Selanjutnya, sila ambil perhatian bahawa anda boleh, pada bila-bila masa, menulis kepada kami untuk menghadkan bagaimana Data Peribadi anda sedang digunakan/didedahkan.

7. "Cookies" dan pautan

"Cookie" adalah suatu elemen data yang boleh dihantar ke penyemak imbas anda. Penyemak imbas anda mungkin kemudian menyimpannya di dalam sistem anda berdasarkan pilihan yang anda telah tetapkan dalam penyemak imbas anda. Cookie mengumpul maklumat tentang sistem operasi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, jenis penyemak imbas, dan alamat Protokol Internet (IP). Laman web kami menggunakan maklumat ini untuk memberi layanan yang lebih baik kepada anda apabila anda kembali ke laman web kami. Adalah bukan niat kami untuk menggunakan maklumat tersebut untuk mengenal pasti identiti seseorang pengguna secara peribadi. Anda mempunyai pilihan untuk mengkonfigurasi penyemak imbas web anda untuk memaklumkan anda apabila anda menerima sesuatu cookie, dan ini memberi anda peluang untuk membuat keputusan sama ada untuk menerima cookie tersebut ataupun tidak. Anda juga mempunyai pilihan untuk menghalang semua cookie. Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda enggan atau selainnya menghalang cookie, anda mungkin tidak akan dapat menggunakan kesemua fungsi yang ada dalam laman Web.

8. Perlindungan

Kami akan menyimpan dan memproses data anda dengan cara yang selamat. Kami berusaha, sekiranya dapat dilaksanakan, untuk melaksanakan pentadbiran dan keselamatan perlindungan dan prosedur yang sesuai, selaras dengan undang-undang dan peraturan yang boleh digunapakai untuk menghalang pemprosesan Data Peribadi yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang anda dan kerugian akibat kemalangan atau kemusnahan, atau kerosakan kepada Data Peribadi anda.
Apabila kami memberikan apa-apa Data Peribadi kepada mana-mana Pihak Ketiga kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak-pihak ini adalah terikat secara kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk apa-apa sebab selain daripada untuk menyediakan perkhidmatan yang mereka dikontrakkan untuk memberi dan melindungi secukupnya maklumat peribadi anda.

9. Hak Anda Untuk Akses dan Membuat Pembetulan

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang digariskan dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini melainkan sekiranya tempoh pengekalan yang lebih lama adalah dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang dan selepas itu Data Peribadi ini hanya boleh disimpan untuk tujuan membuat statistik dan penyelidikan.

Kami berusaha untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami kumpulkan dan/atau proses adalah dicerminkan secara tepat dalam sistem kami mengikut maklumat yang diberikan oleh anda. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi anda bergantung sebahagian besar kepada maklumat yang anda bekalkan. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada maklumat yang terkandung dalam Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami, sila maklumi kami secepat mungkin.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami dan membuat pembetulan kepadanya. Khususnya, anda boleh:

  1. memeriksa sama ada kami memegang atau menggunakan Data Peribadi anda dan membuat permohonan untuk mendapatkan akses kepada data tersebut;
  2. memohon kami membetulkan mana-mana Data Peribadi anda yang didapati tidak tepat, tidak lengkap atau lapuk dan membekalkan anda dengan sesalinan Data Peribadi anda seperti yang diperbetulkan;
  3. berkomunikasi dengan kami secara bertulis bantahan anda terhadap penggunaan Data Peribadi anda untuk apa-apa tujuan dan kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan tersebut; dan
  4. berkomunikasi kepada kami secara bertulis penarikan balik sepenuhnya atau sebahagiannya, kebenaran anda yang kini diberikan.

(Dirujuk secara kolektif sebagai "Permohonan")

Tertakluk kepada apa-apa sekatan yang terpakai di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan syarat-syarat kontraktual, kami akan mematuhi Permohonan tersebut dalam tempoh masa yang munasabah.

Sekiranya anda ingin mengakses dan/atau membuat pembetulan/pemadaman terhadap Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami, anda boleh membuat demikian dengan membuat permohonan secara bertulis dan ditujukan kepada Jabatan Pematuhan kami. Permohonan bertulis boleh dibuat secara: -

Pos : Cheah Teh & Su
L-3-1, No. 2 Jalan Solaris
Solaris Mont' Kiara
50480 Kuala Lumpur
Faks : 03-62036928
Emel : compliance@ctslawyers.com.my

9. Pelbagai

Tiada apa dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini akan menghadkan hak-hak Cheah Teh & Su di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Jika terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris Notis Perlindungan Data Peribadi ini dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Dengan melantik kami dan/atau berterusan melantik kami dan/atau telah melantik kami dan/atau berkomunikasi dengan kami dengan niat melantik kami, anda akan dianggap telah bersetuju untuk membenarkan kami untuk mengutip, merekod, memegang, menyimpan, memproses dan berurusan dengan Data Peribadi anda sehingga dan melainkan jika kami menerima notis bertulis yang sebaliknya daripada anda.

Kami berhak mengubahsuai, mengemaskini atau meminda terma-terma Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dikemaskini di laman web. Dengan terus berkomunikasi dengan kami atau dengan terus menggunakan perkhidmatan kami berikutan dengan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis Perlindungan Data Peribadi ini, ia hendaklah dianggap sebagai penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan tersebut.

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kekhuatiran mengenai privasi anda semasa menggunakan laman web ini, sila mengarahkan sebarang soalan atau kekhuatiran anda kepada compliance@ctslawyers.com.my